Wednesday, April 27, 2005

Peristiwa DiAkhir Zaman...

ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

Hadith Rasullullah S.A.W. yang bermaksud:

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
H.R. Muslim


KeteranganSekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Saorang demi saorang pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", namun peribahasa ini tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Sebaliknya patah tak tumbuh dan hilang tak berganti. Akan tiba suatu saat nanti maka permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah hilang alim ulama, hilanglah segala yang bernilai.

Di akhir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Tuesday, April 26, 2005

Jika Hatimu...

Jika hatimu sejernih air, jangan biarkan ianya keruh;
Jika hatimu seputih awan, jangan biarkan ianya mendong;
Jika hatimu seindah cahaya, hiasilah ia dengan IMAN

Tuesday, April 19, 2005

Kelebihan Ayatul Qursyi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah

Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat
kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.

Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Qursyi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua .....
Fadhilat Ayat Al-Qursyi mengikut Hadis-Hadis :-

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Qursyi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.

* Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Qursyi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

* Orang yang selalu membaca ayat Qursyi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Qursyi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

* Pengamal ayat Qursyi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Qursyi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

* Mengamalkan bacaan ayat Qursyi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

* Ayat Qursyi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Qursyi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

* Barang siapa membaca ayat Al-Qursyi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

* Barang siapa membaca ayat Al-Qursyi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

* Barang siapa membaca ayat Al-Qursyi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Qursyi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

* Barang siapa membaca ayat Al-Qursyi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Qursyi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

* Barang siapa yang membaca ayat al-Qursyi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a.


Sunday, April 17, 2005

Hari Khamis lalu...

Ustaz beritahu (dalam kelas ugama): Sesiapa yang menghormati orang2 tua pada masa mudanya, maka Allah akan mengadakan baginya pada suatu hari nanti apabila dia sudah tua, saorang muda yang akan menghormatinya.

Jadi untok anak-anak muda semua, berbuat baiklah kepada orang2 tua kamu atau sesiapa sahaja yang lebih tua dari kamu, tak kira mereka orang Islam atau pun bukan Islam.