Friday, December 02, 2005

Bukti Saintifik - Bulan Pernah Terbelah Dua

Dengan tidak secara langsung, Para pakar astronautics Amerika telah membuktikan bahawa bulan pernah terbelah dua pada suatu waktu dulu.

Sedikit petikan dari lelaman website Islamcan disertakan dibawah untok pengetahuan pembaca semua. Untok membaca text sepenohnya, silakan lawat kahalaman ini: Islamcan.Com

Selamat Membaca

...So,one day ALLAH made me sit to watch TV. It was a talk show between a British commentator and three American astronautics specialists. The show host was blaming the scientists for spending thriftily over space trips at a time when earth is suffering hunger,poverty, diseases and backwardness. He was telling them, it would have been more feasible to allocate this kind of money for reconstruction of earth. To this argument, the three men answered defending their position that such technology is widely applied in many wakes of life such as medicine, industry and agriculture. They added that the money is never wasted but it rather supported the development of highly advanced technology.

During their dialogue, they mentioned the trip in which a man landed on the moon surface as it consumes the largest cost which comes to more than US $100.000.000.000. The British TV anchor screamed saying what kind of thrift is this? A hundred thousand million dollars just to plant the American flag on the moon surface? They answered no; the objective was not to plant the American flag but rather to study the interior composition of the moon. We actually came to a finding that would cost us double folds of this amount for people to believe and yet they will never believe. The show host inquired what is this fact? They replied: One day this moon was split and then reattached. The show host again probed: how did you realize that? The scientists responded about finding a belt of transformed rocks cutting the moon from its surface to core and then to the surface again. The stated saying: we consulted with earth scientists and geologists who explained that such phenomenon would never occur unless this moon one day split and then reattached.

The British Muslim man said: I jumped out of my chair saying ALLAH (SWT) forced the Americans to spend more than a hundred billion dollars to prove to Muslims a miracle that took place 1400 years ago for Mohamed (PBUH)? This religion must be the truth. He added: I went back to the Quran and recited Surat Al Qamar, which was my gate for accepting Islam.

Monday, November 28, 2005

Majlis Perjumpaan Hari Raya 2005

Majlis Perjumpaan Hari Raya bagi perkerja2 MOH yang diadakan pada 19 Nov 2005 bolih dikatakan sebagai sebuah Majlis perjumpaan yang berjaya dan berseri. Jemputan khas yang terdiri daripada orang2 cacat Muslim Singapura agak menghiburkan hati mereka. DJ Ramli telah dapat membuatkan para jemputan terhibur dengan persembahanya.

Walaupun demikian, Majlis tersebut seolah2nya sebagai sebuah Majlis jemputan kahwin sahaja. Kerana tidak semua pegawai2 MOH dan keluarga mereka dapat bersama-sama berinteraksi didalam suasana hari raya yang masih hangat ketika itu. Mereka seolah2 datang makan dan berkaraoke dan pulang tanpa ada pendekatan silatur-rahim saperti yang sepatutnya. Majlis serupa ini bolih diperbaiki jika perkerja2 Islam MOH ingin mengadakanya lagi pada tahun2 berikut.

Friday, October 14, 2005

Ibuku Telah Pulang KaRahmatullah...

Pada tanggal 12 Oct 2005 (M) bersama'an 8 Ramadhan 1426 (H) Jam 6.54 petang (waktu berbuka 6.54 petang) Ibuku telah pulang keRahmatullah dengan suasana yang amat tenang dan aman. Pemergiannya menyahut panggillan Illahi dengan penuh kelembutan diwaktu masuk waktu berbuka puasa. Dapat juga Ibuku merasakan sejuknya air Zam-Zam yang diberikan olih Kakakku yang semasa itu berada disampingnya. Dalam usia menjangkau usia 80'an, Ibu yang ku kasihi masih menjalankan ibadah puasanya dengan sempurna. Beliau dapat juga melaksanakan ibadah syolatnya dalam keadaan hampir sakaratnya. Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah S.W.T telah mengambil Ibuku dengan kelembutan dan ketenangan. Maka pergilah Ibuku meninggalkan kami buat selama-lamanya. Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un. Syukurku keHadirat Allah S.W.T, kerana telah mengizinkan aku berada disisi ibuku sepanjang malam itu (sebelum pemakamannya diesok hari). Dapatlah aku mendo'akan dan membaca ayat-ayat Al-Qur'an untok kuhadiahkan kepada ibuku yang tersayang. Dapat juga aku mengiringi ibuku, menyambutnya untok disemadikan didalam liang lahad sehinggalah selesai urusan pemakamannya.

Ya Allah, terimalah ibuku didalam kebaikan dan kasih sayangMu. Tempatkanlah roh ibuku didalam golongan hamba-hambaMu yang syolih. Ya Allah terangkanlah, lapangkanlah dan luaskanlah kubur ibuku. Jadikanlah kubur ibuku sebagai taman dari taman Syurga dan janganlah Engkau jadikan kubur ibuku sebagai lubang dari lubang neraka. Cucurilah RahmatMu Ya Allah keatas roh ibuku. Angkatkanlah siksaan azab kubur dan azab siksa neraka kaatas ibuku. Kurniakanlah ibuku dengan syafa'at Nabi Muhammad S.A.W dihari Akhirat kelak dan masukkanlah ibuku kadalam SyurgaMu bersama-sama Rasullullah S.A.W tanpa dihisab. Izinkanlah ibuku dapat meminum air dari telaga Rasullullah diAkhirat kelak.

Do'aku buat ibu dan bapaku sentiasa. RobbirFirli waliwalidaiya warhamhuma kama Robbayani syariro. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Friday, October 07, 2005

CPF Info - mPAL for those on the go

On 1 October 2005, the Central Provident Fund (CPF) Board introduced yet another innovative IT initiative to improve customer service. This time, it is for members who are always on the go.

Said Director (Customer Relations) Ng Hock Keong: “Mobile penetration rate is high in Singapore. Since almost every Singaporean owns a handphone, we aim to provide great convenience to CPF members by letting them access their account information on the move.”

Anyone with a GPRS, Java-enabled mobile phone can view his account balance and 15-month contribution history through mPAL, or mobile Personal Auto Link. To use the service, he just needs a Phone PIN, which can be easily obtained at the CPF website with his SingPass.

The mPAL service is free, but users have to pay GPRS charges set by their telco service provider. The average unit cost is about $0.005 per KB.

When the Board launched the trial on 1 July 2005, more than 130 CPF members signed up. Many gave positive feedback.

Said Mr Yong: “I find the service convenient and useful for people who do not have Internet access like myself.”

Eager for more members to enjoy the benefits of mPAL, Mr Ng said: “We hope mPAL will prove to be a popular service with our members and thereafter encourage more public agencies to make their transactions available on this platform.

“If more services are provided on the mobile platform, we can all
bring the vision of becoming an e-Government to the next level, i.e.
m-Government.”

Friday, September 30, 2005

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua pengunjung Blog saya yang kurang menarik ini. Semoga anda akan dapat menimba sedikit pengetahuan dari artikel-artikel dan links yang tertera diBlog ini.

Banyak website-website yang menyampaikan panduan-panduan agama dan sebagainya. Dibawah ini saya menyertakan website-website yang ada memberikan panduan-panduan tentang puasa dan keberkahan bulan Ramadhan.


Panduan Lengkap Puasa Ramadhan

Islam Focus - Panduan Puasa Ramadhan

Hikmah Ramadhan

Jadual Imsakiah dari halaman MUIS

Selamat membaca

Tuesday, May 10, 2005

Kelebihan Syolat Berjemaah Mengikut Teori Fizik

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidak seimbangan dalam tubuh kita. Ketidak seimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku disebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan difikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud disepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Ta'ala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Wednesday, April 27, 2005

Peristiwa DiAkhir Zaman...

ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

Hadith Rasullullah S.A.W. yang bermaksud:

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
H.R. Muslim


KeteranganSekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Saorang demi saorang pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", namun peribahasa ini tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Sebaliknya patah tak tumbuh dan hilang tak berganti. Akan tiba suatu saat nanti maka permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah hilang alim ulama, hilanglah segala yang bernilai.

Di akhir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Tuesday, April 26, 2005

Jika Hatimu...

Jika hatimu sejernih air, jangan biarkan ianya keruh;
Jika hatimu seputih awan, jangan biarkan ianya mendong;
Jika hatimu seindah cahaya, hiasilah ia dengan IMAN

Tuesday, April 19, 2005

Kelebihan Ayatul Qursyi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah

Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat
kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.

Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Qursyi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua .....
Fadhilat Ayat Al-Qursyi mengikut Hadis-Hadis :-

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Qursyi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.

* Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Qursyi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

* Orang yang selalu membaca ayat Qursyi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Qursyi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

* Pengamal ayat Qursyi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Qursyi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

* Mengamalkan bacaan ayat Qursyi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

* Ayat Qursyi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Qursyi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

* Barang siapa membaca ayat Al-Qursyi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

* Barang siapa membaca ayat Al-Qursyi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

* Barang siapa membaca ayat Al-Qursyi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Qursyi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

* Barang siapa membaca ayat Al-Qursyi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Qursyi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

* Barang siapa yang membaca ayat al-Qursyi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a.


Sunday, April 17, 2005

Hari Khamis lalu...

Ustaz beritahu (dalam kelas ugama): Sesiapa yang menghormati orang2 tua pada masa mudanya, maka Allah akan mengadakan baginya pada suatu hari nanti apabila dia sudah tua, saorang muda yang akan menghormatinya.

Jadi untok anak-anak muda semua, berbuat baiklah kepada orang2 tua kamu atau sesiapa sahaja yang lebih tua dari kamu, tak kira mereka orang Islam atau pun bukan Islam.