Usahlah Enkau Tolak Mereka Ketepi…
Usahlah engkau tolak ibu bapamu ketepi…
Lupakah engkau suatu seketika dahulu engkau selalu disayangi dan sanggup mereka menghadapi kesusahan dan kepayahan didalam memelihara kamu supaya hidup kamu sentiasa selamat dan sejahtera. Sehingga saekor nyamok pun tidak dapat menganggui kamu didalam tidormu.
Kini engkau telah menjadi saorang yang berupaya dan janganlah engkau tolak mereka ketepi.
Usalah engkau tolak suami/isterimu ketepi…
Lupakah engkau suatu seketika dahulu ia telah memberikan engkau kebahagiaan dzahir dan bathin. Menambah seri hidupmu dengan kelahiran cahayamatamu. Memberikan engkau perlindugan dibawah naungan sebuah bumbung yang diRahmati Allah. Walaupun hidupmu didalam derita atau kesederhanaan, namun ia telah berusaha mendayung bahtera kehidupan keluargamu ditepian pantai indah dan penuh dengan keselamatan.
Lupakah engkau suatu seketika dahulu ia telah memberikan kebahagiaan kepadamu dengan cinta setulus hati. Kebahagiaan yang membawa kamu kepada keridhoan Ilahi. Warna kehidupanmu yang redup telah menjadi indah berwarna-warni, kerana dia telah membawa pelita kebahagian yang menyuloh didalam kegelapanmu menjadi terang dan bercahaya.
Kini setelah engkau dapat dudok dipondok kedamaian, usahlah engkau lupa akan segala kebahagiaan itu dan usahlah engkau tolak mereka ketepi.
Usahlah engkau tolak kakak/abangmu ketepi…
Lupakah engkau suatu ketika dahulu ia pernah menolong ibu dan bapamu menjaga kamu sewaktu kecilmu. Dengan tulang empat keratnya yang masih lemah merawati kamu, membela kamu, menyayangi kamu, membersehkan kamu. Semua itu hanyalah untok keselesaan hidupmu agar engkau sentiasa didalam kesihatan dan keriangan. Hidup didalam suasana kasih dan sayang diantara adik beradikmu.
Kini setelah engkau menjadi saorang yang berdiri tegap diatas muka bumi Allah ini dan meni’mati kejayaan didalam kehidupanmu, usahlah engkau tolak mereka ketepi.
Usahlah engkau tolak pegawai rendahmu ketepi…
Lupakah engkau suatu ketika dahulu mereka bekerja keras membantumu menjadikan negara ini bersih, selesa aman dan bahagia sehingga engkau terkenal dimata rakyatmu dan seantero dunia. Walau pun mereka dari sekecil2 dan serendah2 pangkat, tetapi usaha mereka telah membantumu berjaya didalam kerjayamu.
Kini setelah engkau menjadi pemerintah yang berjaya, usahlah engkau ketepikan mereka yang pernah membuat tugas2mu mudah demi untok negara dan bangsa.
Usah, usah, usahlah engkau memuji2 kejayaan dirimu sendiri. Tanpa Allah yang mendatangkan seseorang yang menolong kamu dari lemahnya kamu kepada bertenaga dan berdiri diatas kakimu sendiri, tidak akan engkau menjadi saperti sekarang ini. Usahlah engkau menghina dan memperkecilkan segala usaha mereka untok dirimu, sehingga engkau dapat meni’mati keindahan hidup ini. Usahlah engkau tolak mereka ketepi.
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...
10 years ago